Siapa Saddam Hussein?

Image result for biodata saddam hussein

Saddām Hussein al Tikriti (Hussein dibaca juga Husayn atau Hussain); bahasa Arab: صدام حسين عبدالمجيد التكريتي

(28 April 1937-30 Disember 2006) merupakan presiden Iraq dari 1979 sehingga 2003.

Seorang bintang di Parti Ba’ath yang revolusionis, yang memberikan dukungan pan-Arab sekuler, modernisasi ekonomi, sosialisme, Saddam memainkan peranan penting dalam kudeta berdarah pada tahun 1968, yang membawa parti tersebut menjadi penguasa. Sebagai wakil presiden di bawah Jeneral Ahmed Bakr yang lemah dan tua, Saddam mengawal ketat konflik antara kerajaan pemerintah dan angkatan bersenjata di saat banyak organisasi mampu menggulingkan pemerintah dengan menggencet badan keamanan, dan ekonomi Iraq maju pesat pada tahun 1970an.

Sebagai presiden, dia mengembangkan pengabdian pribadi yang luas dan mempertahankan kekuasaan selama perang Iran-Iraq(1980–1988) dan Perang Teluk Parsi pertama(1991), yang keduanya menyebabkan penurunan drastik standard hidup dan HAM. Walaupun dia dipuji oleh beberapa negara Arab diatas penentangannya terhadap dunia Barat dan sokongannya terhadap Palestin, Amerika Syarikat tetap memandang Saddam dengan banyak kecurigaan pada saat setelah kekalahan Iraq pada tahun 1991 dalam Perang Iran-Iraq. Dia disingkirkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya ketika perang Iraq 2003 dan ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat pada 13 Disember 2003.

Pada 30 Disember 2006, Saddam Hussein menjalani hukuman gantung sampai mati menurut laporan media Iraq.

Penangkapan Saddam Hussein – 13 Disember 2003

WAJAH Saddam Hussein (kiri) sebaik saja ditangkap di Tikrit, Iraq kelmarin dan selepas janggutnya dicukur (kanan) yang diedarkan oleh tentera Amerika Syarikat pada sidang akhbar di Baghdad

 

Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein, 66, ditangkap hidup-hidup di Tikrit, utara Iraq di sebuah bilik bawah tanah sedalam dua meter kira-kira pukul 8.30 malam tadi (1.30 pagi ini waktu Malaysia) ketika sedang tidur.

Gambar CNN menunjukkan orang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) itu ditangkap dalam Operasi Red Dawn dengan berkeadaan rambut kusut masai dan berjanggut lebat.

Ketua Pentadbir Awam Amerika Syarikat (AS) di Iraq, Paul Bremer berkata, Saddam ditangkap di sebuah rumah ladang di bandar Adwar, 16 kilometer dari Tikrit.

Katanya, ujian DNA mengesahkan bahawa lelaki yang ditangkap itu ialah Saddam.

Dia kini ditahan di sebuah lokasi rahsia oleh tentera penceroboh.

Bekas diktator yang memerintah Iraq selama 24 tahun itu menyembunyikan dirinya di bawah tanah bagi mengelak dikesan tentera penceroboh.

Seramai 600 tentera penceroboh termasuk pasukan khas yang terlibat dalam operasi itu terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengorek tanah sebelum menemui bilik persembunyian itu.

Turut ditemui bersama Saddam ialah wang tunai dolar Amerika AS$750,000, dua laras AK-47 dan sepucuk pistol.

Bilik itu terlalu sempit dan hanya muat untuk seorang lelaki merangkak masuk.

Saddam berjaya ditangkap selepas tentera penceroboh memburunya lebih lapan bulan sejak perang Iraq berakhir April lalu.

“Tiada sebarang kecederaan. Malah, tidak ada sedas pun tembakan dilepaskan ketika serbuan dilakukan,” kata seorang pegawai tinggi tentera AS, Leftenan Jeneral Ricardo Sanchez di Baghdad.

Sanchez kemudian menunjukkan rakaman video Saddam berada dalam tahanan dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kenyataan itu menyatakan, Saddam telah ditangkap dalam satu operasi bersama dengan tentera penceroboh diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) dan pasukan tentera Kurdis dikenali sebagai Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK).

Ketua Majlis Pemerintah Iraq (GCI), Abdul Aziz Al-Hakim turut menyatakan bahawa ujian DNA mengesahkan bahawa lelaki yang ditangkap itu ialah Saddam.

Image result for biodata saddam hussein

“Saya dengan rasa gembiranya mengumumkan bagi pihak rakyat Iraq bahawa Saddam kini telah ditahan,” katanya pada satu sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Sepanyol, Ana Palacio di Madrid.

“Satu ujian DNA telah pun dilakukan.”

Seorang pegawai kanan PUK berkata, Saddam ditangkap dalam satu serbuan oleh unit khas PUK diketuai oleh Qusrat Rassul Ali.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat bahawa Saddam bersembunyi di sebuah rumah di Tikrit.

Pasukan yang sama juga telah berjaya menahan bekas Naib Presiden Iraq, Taha Yassin Ramadan juga di utara Iraq pada Ogos lalu, katanya.

Jurucakap Kongres Kebangsaan Iraq (INC), Intifadh Qanbar berkata, ketika ditangkap, Saddam berjanggut.

Agensi berita Iran, Islamic Republic News Agency (IRNA) juga melaporkan mengenai berita penangkapan Saddam dengan memetik kenyataan seorang pemimpin Kurdis, Jalal Talabani

Beribu-ribu penduduk dilaporkan bergegas ke beberapa batang jalan raya di Baghdad bagi meraikan kegembiraan sebaik sahaja berita penangkapan Saddam tersebar.

Mereka melepaskan beberapa das tembakan ke udara dan masing-masing mengucapkan tahniah di antara satu sama lain.

9 Fakta Tentang Saddam Hussein Yang Tak Semua Tahu

Sejak runtuhnya kekuasaan mantan Presiden Saddam Hussein petinggi parti sosialis Baath Iraq pada tahun 2003 lalu, kondisi keamanan di Iraq terus mengalami pasang surut.

Konflik bersenjata antara suku, antara sektor, dan terlebih antara Sunni-Syiah menghiasi perjalanan sejarah panjang pasca pencerobohan Amerika Serikat dan sekutunya ke Iraq dengan alasan senjata kimia yang dimiliki oleh mendiang Saddam Hussein.

Akan tetapi ada sejumlah fakta menarik mengenai orang no 1 di Iraq yang meninggal di tali gantung pada 30 Desember 2006 lalu.

Berikut fakta-fakta tersebut:

1. Saddam Hussein merupakan satu-satunya orang di dunia yang mendapat pangkat tentera tertinggi di dunia “مهيب الركن” melebihi pangkat General yang diraih pemimpin lain di dunia

2. Saddam Hussein merupakan penguasa Arab pertama yang mengebom ibukota Tel Aviv dan kota Haifa serta kota-kota Palestin yang diduduki oleh Israel dengan 39 peluru Scud buatan Rusia, selama Perang Teluk kedua pada tahun 1991.

3. Saddam Hussein merupakan pemimpin Arab pertama yang memperhatikan perkembangan energi nuklear. Akan tetapi barat menuding penguasa Iraq ingin memiliki senjata pemusnah..

Perlu diketahui bahwa Iraq sebenarnya telah memiliki reaktor nuklir sebelum perang teluk pertama tahun 1990 an, dan hancur dalam serangan bom Israel selama berlangsungnya perang teluk pertama.

4. Merupakan penguasa Irak pertama yang ikut dalam perang terpanjang dalam sejarah Irak yaitu pada tahun 1980-1988 melawan Republik Syiah Iran.

5. Tahun 1998, Saddam Hussein membombardir wilayah Kurdistan Irak dengan senjata kimia, sedikitnya 50 ribu orang tewas.

Penyerangan ini dipicu pengkhianatan suku Kurdi Irak yang membantu Syiah Iran dalam perang melawan Irak, atau yang dikenal dengan nama “Anfal”.

6. Semenjak tahun 1994, Saddam Hussein memulai penerapan hukum Islam secara bertahap dengan melakukan hukuman potong tangan terhadap kasus pencurian.

Sedangkan untuk kasus Homoseksual, Saddam pernah memutuskan melempar 3 prajuritnya dari sebuah gedung tinggi di kota Basra, setelah terbukti malakukan perbuatan terkutuk tersebut.

7. Saddam Hussein juga pernah melakukan eksekusi massal terhadap para pelacur di Iraq, setelah mewabahnya profesi wanita tuna susila di Iraq.

Selain itu untuk pertama kalinya Saddam Hussein juga membuka pintu untuk perempuan dalam tentera, akan tetapi dengan dua kondisi: 1. Pakaiannya menutupi aurat 2. Memakai tudung kepala.

8. Di tahun 90 an, Saddam Hussein memutuskan mencegah pembukaan bar baru di Iraq, serta menutup kegiatan usaha haram tersebut.

9. Saddam Hussein merupakan penguasa Arab pertama yang meninggal di tali gantung

Video Penangkapan & Penggantungan Saddam Hussein