Bukanlah sesuatu yang baru apabila manusia suka menyeksa haiwan hingga mati. Bagi mereka yang masih mempunyai hati nurani dan kebetulan melihat peristiwa kejam itu, pasti akan ikut hanyut dalam kesedihan.

Beberapa masa dahulu, telah tersebar di internet siri foto-foto kucing dan anak-anaknya yang membuatkan kita sebak melihatnya.

Menurut penduduk setempat, suatu pagi, mereka tiba-tiba mendengar tangisan pilu ibu kucing, kerana risaukan keadaan itu, mereka pun mencari-cari tangisan pilu itu.

Mereka kemudian melihat empat ekor anak-anak kucing telah mati dibunuh, dan lebih menyedihkan lagi, anak-anak kucing yang mati itu sengaja dilemparkan kembali ke hadapan ibu kucing.

Penduduk tempatan yang biasanya akan memberi makan pada ibu kucing dan anak-anaknya itu sangat terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku.

“Kami melihat empat ekor anak kucing telah mati, sementara ibunya terus menciumi keempat anaknya dengan tatapan sedih, seakan-akan berharap ciuman kasihnya dapat menghidupkan anak-anaknya yang telah menjadi bangkai.

Setelah diteliti lebih lanjut, mereka mendapati anak-anak kucing itu mati kerana telah diseksa secara kejam oleh seseorang.

Badan anak-anak kucing jelas kelihatan bekas lubang dan darah yang mengalir, bahkan salah satu leher anak kucing itu ditarik dengan tali hingga berubah bentuk, sementara beberapa ekor lain dibelah dibahagian perut, sampai jantungnya terburai keluar.

Pemandangan yang kejam ini membuat penduduk sekitar tak sanggup melihatnya, terlebih lagi ibu kucing yang hanya boleh menatap sedih dan tidak mahu pergi sambil tetap menciumi anak-anaknya satu persatu.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di sebuah daerah di negara jiran kita.