Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan Diraja Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama pasangan pilihannya, Dennis Muhammad Abdullah. Perkahwinan yang penuh dengan adat istiadat melayu itu berlangsung di Istana Besar Johor Bahru. Memang sangat anggun sehingga berjaya mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Kami pasti anda akan terpegun dengan foto yang kami kongsikan ini. Kedua-dua mempelai nampak anggun dan segak menggayakan busana serba putih semasa istiadat pernikahan mereka.

Mencemar duli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaiki kenderaan Rolls Rocye memasuki perkarangan istana kira-kira jam 8.45 pagi.

Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail turut hadir memeriahkan majlis.

Meriah!

Antara keluarga diraja yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz turut kelihatan di majlis tersebut.

Bagai pinang dibelah dua

Orang ramai boleh mengikuti istiadat persandingan secara langsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini menerusi layar gergasi yang disediakan di Dataran Bandaraya dan ba­ngunan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Sumber : Johor Southern Tigers , OhBulan