Pasukan Malaysia berhadapan dengan Korea Utara untuk aksi ke-5 kelayakan Piala Asia peringkat kumpulan.

Nelo Vingada melakukan perubahan drastik dalam kesebelasan utama beliau. Menurunkan pemain seperti Azam Azih di tengah dan merehatkan Safiq Rahim.

Kim Ju Song menjadi masalah utama skuad Malaysia malam ini. Ju Song menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama. Jaringan beliau adalah pada minit ke-15, minit ke-20 dan minit ke-44.

Bersambung babak kedua, Korea Utara menjaringkan gol ke-4 pada minit ke-79 menerusi Park Kwang Ryong.

Malaysia menjaringkan gol sagu hati menerusi Safawi Rasid pada minit ke-85. Jaringan ke-2 beliau ke atas Korea Utara dalam tempoh 3 hari.

Tamat perlawanan Malaysia kalah dengan skor yang identikal dengan sebelum ini kalah 4-1. 0 mata dari Buriram, 2 gol dan bolos 8.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia di tangga tercorot kumpulan B. Malaysia yang sebelum ini secara matematik sudah terkeluar kini secara rasmi gagal layak ke Piala Asia 2019.

Korea Utara pula kini berada di tangga ke-2 dan meninggalkan Hong Kong dengan 3 mata di belakang mereka. Hong Kong dan Lebanon masih belum turun beraksi.

Rekod buruk Vingada dengan skuad Malaysia berterusan. Vingada masih belum merasai sebarang kemenangan dengan Malaysia. Presiden FAM sebelum ini memberitahu baginda akan mengadakan mesyuarat khas berkenaan prestasi semasa skuad Malaysia.

Sumber : semuanyabola