Pelakon, model dan pengacara Noor Neelofa Binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa bukan sahaja cantik malah dikenali dengan kebijaksanaan dan sikapnya yang tegas.

 

Gadis berumur 28 tahun ini mula menceburkan diri dalam bidang seni tanah air apabila memenangi tempat pertama dalam Dewi Remaja 2009/10 sehinggalah sekarang, banyak pencapaian beliau yang boleh dibanggakan.

 

 

Terbaru, Neelofa telah memuat naik beberapa gambar set rakaman MeleTOP bersama kapsyen yang seolah-olah menggambarkan bahawa beliau bakal mengundurkan dari sebagai hos rancangan tersebut.

 

“Lima tahun bersama program ini dan boleh dikatakan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) ditambah dengan krew yang baik dan tidak ketinggalan rakan pengacara yang sentiasa gila-gila, Nabil yang banyak saya pelajari darinya.

“Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri.

“MeleTOP akan sentiasa ada di hati saya kerana studio ini sentiasa membuatkan saya berasa seperti berada di rumah sendiri,”

Rata-rata peminat beliau terkejut dan sedih membaca kata-kata Neelofa dan enggan menerima penggundurannya dari menjadi hos rancangan MeleTOP.

“Tolong jangan tinggalkan rancangan ni Lofa, kami rindukan suara awak yang kuat gelak dan suka membuli tu.”

“Teruskan Kak Lofa. Jangan ucap selamat tinggal..”

“Takde siapa yang boleh gantikan tempat Lofa..”

 

 

Untuk rekod, Neelofa telah menjadi hos rancangan MeleTOP bersama Nabil semenjak rancangan itu mula ditayangkan pada 2014 lagi. Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi baik dari pihak Neelofa mahupun pihak produksi MeleTOP sendiri.

 

Kemungkinan besar Neelofa hanya mahu menggambarkan betapa beliau sayangkan rancangan MeleTOP? Kita nantikan sendiri pengesahan dari pihak beliau nanti.

Sumber: MyNewsHub