Ahli magik, The Sacred Riana mungkin kelihatan menakutkan dan menyeramkan namun persona yang pelik inilah telah menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua.

The Sacred Riana atau nama sebenarnya Mari Antoinette Riana Graharani telah mengalahkan lapan finalis lain untuk memenangi AS$100,000 (RM408,300) malam tadi.

Keputusan berdasarkan undian penonton semata-mata.

Berambut hitam panjang paras pinggang yang disikat kedepan dan reaksi wajah eksentrik telah mencuri perhatian sejak dari peringkat ujibakat lagi.

Malah, semua persembahannya telah ditonton oleh lebih 70 juta pengunjung di Facebook dan Youtube.

Namun, apa yang mencuri tumpuan sebenarnya reaksi salah seorang juri tetap rancangan itu, Anggun yang menjadi subjek untuk pertunjukan magik menyeramkan pada peringkat akhir.

Riana melulu turun dari pentas dan mendapatkan Anggun sebelum menyapu serbuk hitam ke tangan penyanyi itu sambil membacakan ritual yang tidak difahami.

Dalam keadaan kaget dan terkejut selepas menyapukan serbuk hitam itu, timbul lukisan berbentuk bintang pada tangan Anggun.

Riana kemudiannya berlari semula ke pentas mendekati sebuah kotak dan menyeru kemunculan ‘syaitan’ dalam bacaan ritual lain.

Pentas itu dibanjiri oleh hampir 20 ‘makhluk’ mengerikan yang keluar daripada kotak kecil itu sebelum Riana menghilangkan diri.

Namun, Riana muncul sekelip mata di belakang Anggun yang menjerit ketakutan.

Tidak percaya? Saksikan sendiri persembahan menakutkan Riana pada peringkat akhir Asia’s Got Talent 2.

Wajah Sacred Riana ketika tidak buat persembahan .. biasa je kan ..

Image may contain: 1 person, sitting

Lihat rakaman CCTV ini ..

Mengikut kata Gary Laja Berasuk  ” Kejadian yang pernah dirakam oleh cctv, yang asal nya dikira prank atau pesulap biasa, nama setelah diteliti dan disiasat ternyata ia bukan.. ”

Ini sebelum Sacred Riana menjadi popular dan masuk Asia Got Talent .. video ini di upload di Youtube pada 2013 dan rakaman ini adalah pada 2011.

RAKAMAN ASLI yang tiada edit

Sumber : Gedebakviral