Sempena perlawanan Polo Sukan Sea yang akan berlangsung hari ini di mana pasukan Brunei akan bertemu dengan pasukan Malaysia, ramai yang tertunggu2 kelibat Putera Mateen yang turut mengambil bahagian pada temasya kali ini. Semalam, viral mengenai gambar & video “peminat2” Putera Mateen yang telah mendapat peluang untuk bergambar dengan beliau. Jom kita baca untul mengenali lebih dekat tentang beliau.

Siapa Putera Mateen??


Nama penuh beliau adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen.

Lahir pada 10 Ogos 1991, beliau merupakan anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam.

Beliau mempunyai karisma, aura dan personaliti yang lengkap untuk menjadi seorang Prince Charming.

Malah, populariti di media sosial Instagram beliau juga mencipta fenomena fanatik luar biasa dengan jumlah pengikut seramai 369 ribu orang. Pasti ada sesuatu yang unik ada pada beliau bukan?

Oleh itu, kami senaraikan 10 sebab mengapa beliau layak digelar Prince Charming.

1) Aktif bersukan

Beliau sangat aktif dalam aktiviti sukan lasak seperti polo, bola sepak, golf, sky diving dan scuba diving. Malah beliau juga aktif dalam seni mempertahankan diri seperti boxing.



Beliau juga pernah bermain untuk pasukan bola sepak Brunei, AM Gunners selain mendapat pengiktirafan daripada PADI Open Water Course yang membolehkan beliau menyelam ke dalam laut hingga 18 meter.

“Saya sentiasa mahu kekal cergas jadi saya gemar bersukan. Apa sahaja yang membuatkan saya kekal fit akan menjadikan saya gembira,” katanya ketika temubual bersama sebuah majalah antarabangsa.



2) Sayangkan haiwan

Luar biasa atau tidak kerana haiwan peliharaan beliau adalah anak harimau. Pernah beberapa kali beliau memuat naik gambar bersama beberapa ekor anak harimau yang dibelanya di rumah.

Selain itu, beliau membela seekor kucing bernama Nuke.





3) Pernah sertai Royal Military Academy

Beliau pernah mengikuti rekrut askar di Royal Military Academy Sandhurst dan menerima pangkat Leftenan.

Pada 31 Ogos tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan mengurniakan pangkat Pemangku Kapten kepada beliau.



“Saya memasuki Royal Military Academy ketika berusia 18 tahun dan menjadi anggota termuda ketika itu. Akademi itu menguji ketahanan mental dan fizikal kita dalam tekanan paling ekstrem selama 44 minggu.

“Pernah kami dipaksa menggali kubu selama tiga hari tiga malam tanpa tidur. Setiap kali terlelap saya akan disepak dan perlu sambung bertugas. 

“Kami juga perlu melalui latihan berlari sejauh 74 kilometer melintasi 7 buah gunung selama 24 jam,” dedah beliau.



4) Punyai koleksi kereta mewah, superbike dan jet peribadi

Beberapa buah kereta ferrari, superbike dan jet peribadi melengkapkan gaya yang dimiliki beliau.



Kini beliau sudah mempunyai lesen untuk menerbangkan jet beliau sendiri.



5) Berpendidikan tinggi

Tidak lengkap aura seorang putera raja tanpa ilmu pengetahuan yang penuh di dada. Tahun lalu, beliau telah berjaya memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Diplomasi Antarabangsa di SOAS, University of London.



6) Kemahiran yang luas

Selain memiliki skil fotografi yang hebat, beliau juga mempunyai kemahiran bermain alat muzik seperti gitar dan dram.



“Saya pernah bermain gitar dan dram tapi bukanlah mahir sangat. Sekadar mengisi masa lapang dan suka-suka sahaja. 

“Malah saya juga bukan seorang yang gemarkan muzik, kadang-kala ada mendengar lagu-lagu pop semasa. Pendek kata seni bukan forte saya,” tambah beliau.



7) Tidak kalah berfesyen

Sarung apa sahaja pakaian pada sosok tubuhnya, tidak ada yang tidak sempurna di mata orang yang melihat.

Selaku seorang suri teladan, beliau harus menitik beratkan elemen berpakaian setiap hari ke mana-mana sahaja beliau pergi.

Maka, setiap acara tidak kira berpakaian kasual, smart kasual, formal atau black-tie, beliau harus menata gaya sehabis baik.

Paling mendapat perhatian di Instagram apabila setiap kali beliau memakai uniform Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).







8) A Family Man

Sangat mengutamakan keluarga dan sering memuat naik gambar bersama ayah, ibu dan adik-beradiknya di Instagram.

“Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat besar tetapi saya paling rapat dengan abang saya paling tua dan dua orang kakak.



“Banyak masa kami luangkan bersama-sama, membesar dan tinggal juga bersama.

“Saya masih ada sahabat cuma saya susah berenggang daripada keluarga dan mereka sumber inspirasi saya,” kata beliau.



9) Ada sahabat sama kacak

Kata orang sahabat cerminan keperibadian seseorang! Hal ini terbukti menerusi kelompok sahabat beliau berkawan.

Sama ada ketika melepak menikmati minuman kopi kegemaran beliau mahu pun beriadah, beliau sentiasa dikelilingi individu yang mempunyai paras rupa kacak dan aura yang menawan.



10) Sosok tubuh yang sasa

Pelengkap kepada karisma seorang putera raja sudah pasti wajah dan sosok tubuh yang menarik.

Selain melakukan aktiviti sukan lasak, beliau tidak ketinggalan untuk berkunjung ke gimnasium untuk membina otot badan bagi membentuk struktur tubuh yang baik.

“Saya akan rasa kelakar sekiranya tahap kecergasan saya menurun. Jadi saya perlu kekal aktif dan sedaya-upaya mengekalkan bentuk badan yang saya miliki,” jelas beliau.






Sumber : AstroGempak