Bagi yang selalu menaiki penerbangan untuk ke mana sahaja destinasi sama ada atas urusan kerja ataupun bercuti sering kali penumpang diingatkan untuk tiba dua jam lebih awal kerana pelbagai prosedur perlu dilalui sebelum menaik pesawat. 


Oleh itu, amat penting untuk merancang perjalanan supaya ada masa yang terluang sekiranya ketika itu terdapat ramai orang yang sedang beratur untuk mendaftar masuk ataupun melalui pemeriksaan keselamatan. 


Namun, mungin ada masanya terlewat, namun anda perlu mengamalkan sikap toleransi terhadap penumpang lain kerana dengan tindakan anda tersebut mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula. 


Seorang netizen yang hanya mahu dikenali sebagai Melissa berkongsi di laman sosial Facebooknya apabila dua lelaki biadap yang sudah terlewat untuk penerbangan mereka dengan selamba memotong barisan seperti tidak ada perasaan salah. 



Melissa menulis: 


“Saya berada di KLIA2 dan sedang beratur untuk mendaftar masuk bagasi. Ketika itu dua orang pemuda tiba-tiba memotong barisan untuk ke kaunter yang betul-betul dihadapa n saya. 


Pada ketika itu adalah giliran saya dan saya menyangka rakan-rakan pemuda tersebut telah membantu untuk beratur terlebih dahulu jadi saya pun tak kisah sangat. 


“Namun salah seorang pekerja kaunter menyaksikan tindakan biadap mereka dan memberitahu secara baik kepada dua pemuda tersebut untuk beratur kerana penumpang lain pun turut sama beratur dengan sabar dan menunggu giliran masing-masing. 


“Lelaki itu memberitahu bahawa pesawat mereka akan berlepas tidak lama lagi dan mereka akan kelewatan. Namun pekerja tersebut tetap menyuruh mereka supaya beratur menunggu giliran.” 



Kedua pemuda tersebut kemudian mula bertindak agresif dan memarahi pekerja kaunter kerana servis yang diberi tidak memuaskan hati. Pekerja tersebut kemudian mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar dua lelaki tersebut. 


Salah seorang pemuda tersebut menepis telefon tersebut dan menyebabkan telefon pekerja tersebut jatuh ke lantai. Malah lelaki itu bertindak lebih kurang ajar dengan menyepak telefon itu jauh dari pekerja berkenaan. 


Polis kemudian tiba untuk menyelesaikan keadaan tersebut namun lelaki berkenaan tetap bertindak biadap dan agresif dan memberitahu polis tersebut tentang masalah yang dihadapi mereka. Berikut video yang sempat dirakam oleh orang ramai yang turut sama berada di situ. 



Wanita itu mengakhiri status tersebut dengan menasihati sesiapa pun jika terlewat untuk penerbangan, seharusnya tanyalah dengan beradab pekerja di kaunter untuk membantu anda dan bukannya sesuka hati memotong barisan tanpa bertanya. 


“Jika mahukan perkhidmatan pelanggan yang baik, anda terlebih dahulu perlu menjadi pelanggan yang baik” kata Melissa lagi. 

Sumber – www.kakishare.tv