Dekat Malaysia ni memang dah banyak tempat-tempat yang diviralkan kerana dipercayai berhantu. Tapi untuk kali ni, kita akan “cover” top 14 rumah atau tempat yang terkenal dan menjadi sebutan:

1. Highland Tower – Kuala Lumpur
Suatu masa dahulu ia merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana dan orang cina percaya roh si mati masih belum selesa.

2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. Kemayan City – Johor Bahru
Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak
Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Amber Apartment – Genting Highland
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

6. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang
Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School. Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam.

Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

7. Institusi St Michael – Ipoh
Pada zaman Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan.

Kawasan paling berhantu ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

8. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar – Perak
Seperti Institusi St Michael yang merupakan sekolah-sekolah lama, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahulu. Pelajar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.

Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan. MCKK juga terkenal sebab melahirkan seorang hantu paling besar sedang berkeliaran di Malaysia.

9. Victoria Institution – Kuala Lumpur
Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

10. Hutan simpanan Bukit Nanas
Hutan simpanan Bukit Nanas ini berdekatan dengan Sekolah Convent Bukit Nanas dan St Johns Institution. Pada waktu siang, ia menjadi kawasan laluan untuk murid-murid pergi dan balik sekolah. Waktu senja dan malam, tempat ini berhantu. Ramai lembaga menyerupai budak-budak muda kelihatan menyuntik diri sendiri dan terus beraksi macam hantu zombie atau orang yang separa hidup separa mati.    

10. Rumah Freemason, Seremban
Seperti rumah berhantu lain, ianya adalah rumah banglo besar yang ditinggalkan atau tak ramai orang duduk. Rumah Freemason Sermban ini terletak atas bukit dan berhadapan Allson Klana Resort, Sermban. Freemason adalah organisasi rahsia yang ditaja oleh Vatican untuk kuasai dunia.

Banyak rumah-rumah Freemason begini di Malaysia. Dalam rumah ini, pelbagai upacara ngeri dikatakan berlaku. Ia menimbulkan rasa ingin tahu penuntut MRSM yang berdekatan dengan rumah Freemason Seremban. Ada pelajar yang sudah keluar dan berjaya serta kaya pun mula berperangai dan berlagak macam ahli Freemason.


11. Bukit Tunku – Kuala Lumpur
Satu kawasan  menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.

Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12.  Petaling Jaya

Ada sebuah rumah di Petaling Jaya yang tak mahu disebut di mana kerana masih ada orang yang nak beli rumah ini. Dikatakan rumah ini asyik bertukar hak milik. Setiap pembeli yang masuk rumah ini akan dikacau hantu dan tak lama mesti keluar dan jual rumah ini. Di mana agaknya… rumah anda kot?

13. Rumah ADO Menumbok – Sabah

Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut. Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja. Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

14. Penjara Pudu
Ramai menganggap kawasan Penjara Pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas.

Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan. Insya Allah, lepas Dato Nurjazlan meninggalkan UDA, tiada lagi hantu dalam kawasan Pudu.

Sumber: Husin Lempoyang