Ini adalah kisah perkongsian cerita seorang lelaki yang mengenai bekas “sahabat” sehidup sematinya yang dikatakan lupa daratan dan kacang yang melupakan kulit. Kesian memang kesian, tapi inilah lumrah kehidupan sekarang. Waktu sama-sama susah, memang sahabat. Bila dah senang sikit, jadi musibat kata orang Melaka, hahaha…

Aku nk share sikit citer aku pasal sahabat aku yang dah jadik musibat ni tongku.

Kitorang berkawan rapat dari form 4, dah lebih 12 taun kenal. Asal sekampung, sekolah pon duduk sekelas. Sampai merantau ke KL sama, duk rumah sewa sama.

Kitorang ni saling memerlukan lah macam adik beradik, susah senang baik buruk nakal terejal sama. 1 kepala sama hobi main futsal, merempit.

Aku salute sahabat aku ni die ni org berwawasan, die sambung belajar sampai dpt diploma die, die apply kejer berjawatan. Tuhan mudahkan lah segala usaha dia.

Dipendekkan citer, dia dah kahwin, naik pangkat lagi pastu anak pon dah 2 orang. Rezeki kau bro.

Dalam tempoh tu, meber aku ni semakin berubah. Dah mula jauhkan diri dari aku, bkn sebab die berkeluarga tu tapi secara die berkawan dgn aku tu.

Aku mula terasa sbb setiap kali aku ajak die lepak sama, die bagi alasan macamacam. Sampai kantoi 1 hari tu die wasap ade kerje urgent, last sekali jumpe die breakfast dgn bdk opis die kt tempat aku breakfast.

Aku mula rasa yg die mcm tak selesa nk lepak dgn aku, yelah aku keje peon. Dulu keje kilang, die pulak pegawai lepak dgn saing die pakai baju smart smart.

Kat sini aku belanja screen shot WhatsApp aku dgn ‘bekas’ sahabat aku ni. Nilai lah sendiri org nye sekarang macam mane.

200% berubah, kalau lah macamni lagak org yg konon nye berjaya, aku rasa boleh pergi terjun lombong. Dulu boleh melawak, bergurau kasau, lepak sama, mintak tolong. Sekarang?

Image may contain: text

Aku paham org berkeluarga dan berkarier ni, komitmen bertambah masa pon makin terhad. Aku boleh terima kalau die tak dapat nak tolong aku, tapi biarlah jawab dengan cara yg sopan dan beradab.

Selepas chat kami ni di WhatsApp. Aku ade call lagi die tanye khabar. Aku ingat cool lah mamat ni dengan aku.

Kali ni ketara lagi cara die sembang, memang jauh sekali berbeza, dgn lagak nye. Nada marah kan aku, mcm bercakap dgn org asing. Padahal aku ni sahabat kau dulu ni bro.

Dulu boleh aje ckp elok bergurau mengadu domba hal office sambil lepak minum kopi hisap rokok john sampai 2,3 pagi.

Dengan rendah diri, aku berlembut lagi dan tanya, apa salah aku dan aku nak minta maaf.

Selepas berlaku pertengkaran die declare yg die tak ade kwn mcm aku ni, lemah tak berwawasan.

Katanya tak ada kawan mcm aku pon die tak rugi sebab aku ni tak datang kan hasil pon. Aku boleh pergi main jauh2 kata nye.

Katanya siang peon malam jual roti john tak kemana.

Aku kenangkan kau ade anak bini lepastu kau bdk kg aku aje bro, mak bapak adik beradik kau pon aku kenal. Kalau ikutkan hati, memang aku henjut aje penumbuk aku ni kat muke ko dekat office ko tu bro.

Tapi kenangkan aib ko dan hal touching ni malas aku nak bwk berbalah.

Perbualan tu aku tamatkan, aku letak phone. Dan terus terngiang dlm kepala aku, janji dia dahulu yg keluar dari mulut die.

“Kau sahabat aku dunia akhirat kuri, sampai mati aku ingat kau sampai bile bile”

“Jgn risau aku kawin nanti aku tak akan lupe kan kau, kau family aku bro”

“Tak dpt aku balas jasa2 kau, kau susah macam mane nanti aku akan tolong, bloodbrother kuri, brotherhood”

Image may contain: text

Harkkkkk tuiiiihhh lah jilake

Dari sini ko nilai lah sendiri ape pengajaran ko dapat belajar.

Manusia ni boleh berubah, ambil peluang atas kebaikan kau, mempergunakan kau, berpura-pura, ayat manis dan sebagai nye

Ini sahabat yg aku pernah kenal selama 12 taun. Bukan 12 bulan, bukan 12 minggu, bukan 12 hari, bukan 12 jam.

Semua org tak sempurna bro, semua org sedang berusaha bro, tapi jangan rasa diri kita ni hebat, suci, bijak dan martabat tu lagi tinggi dari org lain. Ikut resmi padi.

Ni aku nak tanye,
Umur aku 28 taun tak ade kereta, tak kahwin lagi ni kire gagal ke?

Simpanan aku ade, tak pernah pinjam duit org, belanja mak adik beradik kat kampung cukup bulan bank in.

Kahwin pon boleh tak payah buat loan, pakai kereta tuk apa kalo belom ade keperluan, badan aku larat lagi jadi rider ulang alik kerja dengan balik kampung.

Tak macam kau joi, nak kahwin loan, tak cukup modal pinjam kawan. Deposit kerete pon buat personal loan, tak cukup modal jual kerete 2nd hand kau pinjam lagi duit kawan. Dah senang kau lupe kawan.

Image may contain: text

Apepepun joi, aku nak cakap terima kasih lah atas segala perkongsian kau, nasihat kau dan bantuan kau selama kite ni berkawan sahabat.

Last sekali tongku aku nk kau share slogan ni bagi manusia yg seangkatan dengan nya sedar dan sentap.

#sahabatmusibat
#bradabbrader
#kacanglupakulit
#martabatsesat
#kaususahkaupuji
#kausenangkaukeji
#lagakbijakmintakpijak
#miskinrespek

Image may contain: text

Sumber : Sultan Melaka Fans