Pagi ni netizen kecoh bila seorang lelaki yang acah-acah “paranormal explorer” telah sesat  di hutan Fraser Hill. Dia yang kononnya sesat dan hampir kehabisan bateri telefon telah memuat naik beberapa status di Facebooknya untuk memaklumkan keadaannya pada ketika itu.

Atas keperihatinan orang ramai, rakan-rakan dan ahli Bomba dan penyelamat, satu gerakan telah dijalankan dalam usaha untuk menyelamatkan lelaki ini. Tapi malangnya, ketika dapat dihubungi, dia memberitahu yang dia telah berada di kawasan Sungai Buloh dan dalam perjalanan untuk membuat laporan di Balai Polis berdekatan.

Adakah ini “prank” semata-mata? Kalau betul, dia kena sedar yang dia telah menyusahkan ramai pihak yang perihatin terhadap keadaannya dan dia harus meminta maaf. Jika tidak, kami doakan dia selamat.

Susulan itu, beliau telah dikecam oleh salah satu page paranormal yang terkenal:

Sumber : Nescafeoais & Wujud Paranormal Team