PELAWAK Shuib menolak dakwaan yang kedengaran kononnya dia telah ‘dibuang’ daripada bertugas sebagai penyampai segmen pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keputusan untuk berhenti dari stesen radio tersebut sudah dirancang sejak tiga bulan yang lalu.

“Saya bukan dibuang dan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Kalau tak percaya boleh hubungi pihak produksi stesen radio itu sendiri untuk penjelasan.

MEMANG ADA NIAT UNTUK BERHENTI

“Memang saya buat keputusan untuk tak nak sambung kontrak dengan Sepahtu Sinar. Keputusan ini sudah dirancang tiga bulan lalu. Shuib terpaksa menolak tawaran sambung kontrak dua tahun bersama Sepahtu Sinar.

“Hanya isteri, keluarga dan rakan terdekat yang tahu mengenai perkara itu sehingga semalam (Rabu) baru semua dimaklumkan,” kata Shuib kepada mStar Online.

Shuib diminta mengulas mengenai dakwaan dia dikatakan diberhentikan daripada segmen yang bersiaran pada pukul 6 hingga 10 pagi itu.

Menerusi secara langsung Instagram Shuib pada Rabu, dia mengumumkan tidak lagi kendali segmen bersama Jep dan Rahim itu kerana perlu memberi tumpuan penuh pada perniagaan yang sedang meningkat naik.

Pada hari terakhir bersama Sepahtu Sinar, Shuib menjaga isterinya yang terpaksa dikejarkan hospital.

Baginya, pengalaman selama dua tahun sebagai penyampai radio sudah mencukupi dan tiba masa untuk dia beralih ke bidang lain.

“Cukuplah dua tahun pengalaman sebagai penyampai radio. Tiba masa untuk beri tumpuan penuh pada perniagaan saya yang semakin baik.

“Kalau saya teruskan dengan radio takut kerja yang lain buat acuh tak acuh. Jadi, lebih baik saya fokus pada yang satu sahaja.

“Lagipun, saya ada terima tawaran menjadi pengacara untuk episod yang panjang. Biar saya mencuba sesuatu yang baru untuk tahun baru,” ujarnya. Shuib dan isterinya sedang menguruskan perniagaan produk kecantikan dan yang terbaru, madu.

SUMBER : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/30/shuib-tepis-dakwaan/

INI CERITA YANG MENJADI VIRAL

Shuib Tinggalkan Sinar FM, Siti Sarah Masuk Hospital

PENYANYI dan isteri kepada pelawak Shuib (Sepahtu) iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

“Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak…. (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,” kata Shuib.

Shuib memberitahu keadaan isterinya itu menerusi Instagram secara langsung pada pagi, Rabu.
Selain itu, Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

Dalam pada itu, Shuib juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia bertugas sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit. Menurut Shuib lagi, keputusan itu dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa yang tidak mengizinkan.

Shuib berharap peminat terus menyokong rakannya yang lain di segmen Sepahtu Sinar.
“Sebenarnya hari ini lain daripada yang lain. Pasal saya, hari terakhir di Sepahtu Sinar. Berat hati tapi kita kena buat keputusan.

“Hari ini patut saya ada lagi di konti, dah rancang macam-macam tapi itu lah, tak tahu pula jadi macam ini.

“Keputusan ini dibuat atas tuntutan kerja lain dan masa. Mohon maaf sangat kepada anda semua sebab tak boleh bersama Sepahtu Sinar lagi,” ujarnya.

Selain Shuib, segmen tersebut juga dikendali Jep dan Rahim yang mula ke udara sejak 30 November 2015 bermula dari pukul 6 hingga 10 pagi sepanjang lima hari bekerja.

Sumber: MSTAR

Sumber :  GedebakViral