Baru-baru ini ketika menghadiri majlis pernikahan Engku Emran dan juga Laudya Cynthia Bella, kehadiran Nora Danish menjadi perhatian sekali lagi setelah sebelum ini turut menjadi perhatian kerana perubahan bentuk badannya. Ada peminat yang telah mengucapkan tahniah terlebih dahulu.


Sebelum ini, ketika Nedim berkongsikan gambar mereka bercuti bersama, sudah ada warga laman sosial yang menyifatkan bahawa tubuh Nora sudah sedikit berisi dan seakan menampakkan baby bump itu sekaligus mengaitkan perkara tersebut dengan fasa mengandung.

Bagaimanapun, sehingga kini Nora mahu pun Nedim masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan kenyataan berkaitan perkara tersebut. Jika benar, pastinya ia adalah berita menarik buat peminat dan juga keluarga pasangan ini.

Apa yang pasti, Nora pasti akan berkongsikan berita baik sekiranya dia sudah cukup bersedia untuk memberikan kenyataan. Peminat dimohon bersabar dan berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik belaka.

Update kenyataan dari Nedim:

Menerusi satu mesej yang dikirimkan kepada mStar Online, suami Nora iaitu Nedim Nazri memberi rekasi berhubung desas-desus kehamilan isterinya dengan meminta mereka diberi sedikit masa sebelum membuat apa-apa pengesahan mengenai perkara itu.

 

“InsyaAllah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu,” ujarnya pada Selasa.