Kopi Pak Belalang ini adalah Scam bawah nama ARBA?

Ini lah dia, Dr Rozaini Hassan PhD. CEO Syarikat dan Pengasas PROGRAM ARBA NETWORK. Sumber dari Jutawan Arba.

Nama arba ni dah lama rasanya .. mari kita baca fakta dari Pseudoscience Watch (FB)

1. July 2016 ARBA dah mula pamerkan symptoms tersontot, pulangan bulanan lambat dibayar.

2. September 2016, peserta ARBA 1.0 diarah untuk tukar polisi kepada ARBA 2.0 yang tidak lagi menjanjikan pulangan bulanan, tapi majority peserta tidak setuju.

3. Sebagai gula-gula untuk pujuk peserta tukar, peserta dijanjikan rebate 20% dari modal apabila tukar polisi ARBA 1.0 kepada ARBA 2.0 dan bayaran akan dibuat pada 22 December 2016.

4. Pulangan bulanan untuk December 2016 tidak dibayar, alasan yang Rozaini bagi ialah update system.

5. 21 December 2016 kesemua peserta ARBA 1.0 tukar polisi kepada 2.0.

6. Tiba 22 December sepatutnya rebate 20% dibayar, tapi peserta tak dapat apa-apa.

7.Tiba January 2017, peserta hanya menuntut pulangan bulanan December 2016, tapi Zaini bagi alasan demi alasan, kononnya masalah dengan bank.

8. April 2017, masih tiada apa-apa untuk peserta, alasan pula ialah masalah dengan bank di Indonesia.

9. September 2017, peserta diarah untuk bayar yuran renewal, kalau tak bayar peserta diugut modal akan hangus.

10. October 2017, PPIM gegar pejabat GM Kopi Pak Belalang.

Pencerahan Mengenai Plan Pemasaran ARBA

Kredit: Pseudoscience Watch (FB)

1. Ustaz bangsat sekor ni asyik cerita mengenai plan pemasaran.

2. OK, sekali lagi kami bagi pencerahan apakah yang dimaksudkan dengan plan pemasaran ARBA.

3. Ambil contoh jual beli baju.

4. Wan Zul jual baju berharga RM 100 kepada Ali dengan diskaun 96%.

5. Ali tetap bayar RM 100, diskaun 96% dibayar secara ansuran sebanyak RM 8 sebulan selama setahun. Dalam ARBA, ini dnamakan sales return (sebelumnya dinamakan hibah).

6. Ali tak dapat juga baju sebab Wan Zul akan pasarkan baju tersebut kepada orang lain (dalam scam ARBA, CIWG Indonesia yang kononnya pasarkan kopi).

7. Katalah baju Ali tadi dibeli oleh Abu dari Wan Zul dengan harga RM 100, genap setahun Ali dapat another RM 100 dari jualan baju kepada Abu.

8. Persoalan, Wan Zul berniaga tak nak untung ke? Inilah plan pemasaran yang bangang.

9. Here is the trick, Wan Zul boleh jual baju yang sama kepada ramai orang kerana tiada produk yang bertukar tangan.

10. Secara luaran, nampak ada jual beli, hakikatnya ianya adalah money game scam dengan menggunakan produk kopi.

11. Itulah caranya si Zaini kumpul dana untuk money game scam ARBA.

12. Pulangan bulanan terhenti sebab scam ARBA dah capai tahap tepu.

Ini Bukan Kali Pertama

Hasil pencarian di Google, ini bukanlah kali pertama kejadian menipu yang dilakukan oleh owner Kopi Pak Belalang ini. Rupanya dalam tahun ini juga, mereka telah menipu RTM kerana mengingkari perjanjian untuk menaja salah satu rancangan terbitan RTM. Sehingga terpaksa ambil tindakan undang-undang tu! Sampai Nabil pon pernah jadikan Kopi Pak Belalang sebagai bahan kutukan dalam laman sosial milik beliau.

Kopi Pak Belalang / ARBA Ingkar Perjanjian Penajaan

Sumber : https://afyan.com/kopi-pak-belalang-arba-ingkar-perjanjian-penajaan.html/

ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang Bakal Tersontot Di Pintu Shorga

Bagi rakan-rakan ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang yang tertipu dengan program ini, cepat-cepat ambil tindakan proaktif sebelum perkara lebih buruk berlaku.

Di dalam group-group KR, ahli-ahli yang bising kerana tidak dapat hibah yg dijanjikan, diugut jika masih bising atau buat laporan polis, langsung tidak ada peluang untuk dapat hibah yang dijanjikan.

Ia tektik lama untuk menakutkan mangsa.

Saya gesa supaya mangsa segera buat laporan polis dan kemudian hubungi PPIM yg sedang mengumpulkan mangsa.

Hubungi Wan Fazli PPIM di talian 0177628025

Berita terbaru, syarikat ini yang pernah menaja beberapa rancangan termasuk Pencetus Ummah, Gema Gegar Vaganza, Akademi Silat Pendekar Muda dan yang terkini beberapa bulan lalu rancangan Salam Ramadhan bersama Kopi Pak Belalang yg diterbitkan oleh RTM, menerima surat peguam dari penerbit rancangan yg ditaja.

Syarikat ini sudah mengingkari perjanjian untuk pembayaran penajaan rancangan tersebut RM431,940 sehingga surat peguam dihantar 2 kali dari bulan Ogos 2017.

Kemudian kemuncaknya kelmarin, pengacara bersama rancangan ini Ustaz Nabil Ahmad “mencuit” Kopi Belalang dengan status ringkasnya.

Bayangkan, jika dengan RTM pun mereka boleh mengingkari perjanjian, agak-agak bagaimana dengan KR-KR dan anak-anak buah lain?

Aku Tanya Apa KhARBAr?

Tahukah anda, syarikat ini pernah ditulis dalam buku Tersontot Di Pintu Shorga sebagai syarikat scam?

Dan Akhirnya,  Kemuncak Penipuan Pak Belalang Yang Dibongkar Oleh PPIM!