Meskipun larangan untuk menghisap vape sudah lama pun dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak tahun 2016 lagi, tetapi nampaknya larangan itu hanya tinggal larangan semata-mata selagi terdapat segilintir rakyat Malaysia yang bersikap keras kerapa tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Di antara tempat yang dilarang untuk menghisap vape adalah di dalam MRT.

Memandang serius tentang perkara ini, pihak Rapid KL hari ini telah memuatnaik gambar seorang penumpang lelaki yang sedang leka menghisap vape di dalam MRT. Gambar yang telah dimuatnaik ke laman page Facebook Rapid KL itu kemudiannya telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Tak boleh nak blow candle

Happy birthday, bang! Tapi sorry, memang takley nak blow candle sampai padam walaupun abam mungkin pakai Nemesis by Atmomixani.

Jadi, terimalah hadiah tak seberapa dari kami di Rapid KL, detik-detik kemeriahan sambutan hari jadi di dalam MRT.

Notis : Kami cegah bersebab, keselamatan pengguna adalah paling penting. Kedua, keselesaan orang ramai. Abang ni terpaksa celebrate birthday dengan abam-abam Polis Bantuan kami dulu la nampaknya 💁‍♀️

#minsukaflavapistachio#fumakillavapesedapjugak#wesharebecausewecare #forabetterfuture

Terbaik baq hang!

Gambar yang disertakan dengan kapsyen yang berbunyi sinis itu telah membuatkan ramai netizen yang terhibur dan menyifatkan ianya merupakan sebuah langkah yang baik bagi memberikan peringatan dan pengajaran kepada penumpang-penumpang yang masih ingkar mengenai larangan tersebut.

Lepas ni jangan lupa terus bawak shisha dan arang naik MRT

Selain itu terdapat juga beberapa komen menganjing yang meminta lelaki itu membawa shisha dan arang menaiki MRT pada masa akan datang. Tidak kurang pula yang mahu menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada penumpang-penumpang yang ingkar pada masa akan datang.

Sudah terang lagi bersuluh, sudah memang terang-terang merokok dan menghisap vape sudah lama pun diharamkan di tempat-tempat awam. Jadi bagi mereka yang masih ingkar dan mahu mencuba nasib mereka, nasihat kami, bodoh itu simpan sikit.

Sumber : Ohmymedia