KANTIN Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ditutup sementara mulai jam 2 petang tadi hingga 1 September ini untuk kerja pembersihan.

Notis penutupan kantin itu dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bertarikh hari ini yang ditampal di satu sudut kantin berkenaan.

Penutupan kantin itu dipercayai selepas penyebaran video yang menunjukkan seekor tikus ‘mencuri’ makanan dari dulang di kaunter pemanas makanan dan ia disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

 Image result for hospital tengku ampuan rahimah

Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming berkata, tindakan penutupan itu dilakukan sebagai langkah proaktif apabila terdapat aduan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih belum mengenal pasti lokasi sebenar kantin yang dimaksudkan dan kini masih menyiasat kesahihan dakwaan itu serta pihak yang menyebarkannya.

“Kita sudah meminta pengusaha kantin melakukan kerja pembersihan secara menyeluruh dan meminta kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah untuk membantu hospital berhubung perkara ini.

Image result for hospital tengku ampuan rahimah kantin

“Kantin akan kembali beroperasi secepat mungkin jika kerja pembersihan selesai dan pihak kesihatan berpuas hati dengan keadaannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber : Hmetro