Sedihnya bila kepercayaan yang kita bagi tapi orang buat main – main. Siap di “otak-otak” kan pula kat yang bagi kepercayaan tu. Tapi tiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah sudah murahkan rezeki akak ni. Alhamdulillah.

Jom baca kisah ini :

Allah uji sbb Allah syg

Akk open order nasi lemak ayam berempah 30 pack tuk esok pagi.. rm4.50 satu.. caj deli rm2.. akk deli kat sentosa n adenium shaja.. start deli kul 8pgi.. mne2 yg nak bayar mase gaji pun akk trima.. sbb akk btul2 kene abiskn 30bungkus ni.. wasap akk alamat 012571****..

Sesiapa yg akk tag akk mntak maaf ye.. sape yg bleh share akk ucapkn trima kasih..

Akk ni xserik.. da kali ke 2 kene masih xamik payment.. adekah akak ni senang dikencing.. jgnlah kencing akk.. da hancing akk ni tau.

Update : semua da sold out..trima kasih pada yg prihatin..semoga Allah membalas segalanya.

Kami doakan Saudari Sakila dimurahkan rezeki oleh Allah. InshaAllah. Amin.

Kepada yang tak jadi order tu, pada pendapat admin, kalau awak tak jadi beli atas sebab yang tak dapat dielakkan sekali pun, sepatutnya awak kena bertanggungjawab juga sebab awak sudah order. Penjual akan tanggung kerugian kalau tak jadi beli. Tak kesian ke kat dia.

Kepada penjual pula, admin nak nasihatkan tunggu customer bayar deposit dulu baru proceed order sebab takut berlaku kes-kes macam ni.

Apa-apa pun yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jauhkan. Orang berbudi, kita berbahasa. Wallahualam.

Silakan SHARE.

Sumber : BeritaKopak