Tindakan Fattah Amin yang seperti mengelak bertemu Neelofa semalam dalam program Meletop benar-benar membuatkan peminat meletus dengan kemarahan. Ramai yang mengkritik dan mengecam tindakan Fattah itu sebagai tidak profesional.

Namun, pengurusan pelakon Suri Hati Mr Pilot ini tampil memberi kenyataan terbaru kepada Utusan Online. Agaknya kenapalah ya?

Memang kerana hal kecemasan

Sebagai pengurus Fattah, soal profesional itu saya tahu dia sudah membuat kerjanya sebaik mungkin. Malah dalam hal ini pihak Astro sendiri yang patut keluarkan kenyataan.

Saya masih tidak dapat jelaskan apa yang berlaku semalam. Bagaimanapun satu mesyuarat dengan pihak Fattah akan berlangsung hari ini dan kami akan kongsikan kenyataannya lewat petang ini.

Wakil pihak pengurusan Fattah, Fas Subari menegaskan pihak luar tidak patut membuat andaian sendiri. Dia menambah, artisnya itu terpaksa meninggalkan set memang kerana ada hal kecemasan.

Dikatakan terpaksa dikejar kerana mikrofon masih melekat pada badan

Dalam kejadian semalam, Fattah dikatakan terpaksa dikejar oleh krew produksi kerana mikrofon masih melekat pada badannya. Sebelum itu, Instagram rancangan hiburan itu menunjukkan Fattah sedang bersiap namun pos itu kemudiannya dipadamkan.

Sumber: Utusan Online