Baru baru ini viral mengenai Izreen Azminda yang berkahwin dengan suami orang yang merupakan seorang pemuzik bernama Ude. Isu itu menjadi bualan hangat netizen yang rata-ratanya menganggap Izreen tidak sepatutnya berkahwin dengan suami orang.

Meskipun sudah lebih seminggu berlalu, sehingga hari ini perkahwinannya bersama Ude masih dikecam netizen. Namun, ini jawapan Izreen sendiri mengapa dia memilih suami orang itu.

Ude seorang ikhlas

Kenapa dia? Kenapa Ude, suami orang yang dipilih? Saya sendiri tidak punya jawapan. Cuma, orang kata apabila kita cinta, kita akan sanggup buat apa sahaja. Dan saya fikir kerana kesanggupan itulah saya memilih untuk menjadi isteri ke-duanya dalam usia kami yang masih muda. Betul sekali apa yang diperkatakan oleh isteri pertamanya (Intan Liana Salleh), Ude memang seorang yang bertanggungjawab.

Dengan anak-anak, dengan keluarga semua, dia sangat ikhlas. Mungkin sikap baik Ude membuatkan saya tidak mampu untuk menolak takdir ini dan akhirnya memilih untuk hidup dengan seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri sebelum ini. Demikian hebatnya kuasa cinta.

Menerusi Utusan Online, dia memberitahu alasan kenapa dia memilih Ude sebagai suaminya. Dia juga tidak mempunyai jawapan terhadap pertanyaan orang mengapa memilih Ude, namun baginya kerana cinta dia sanggup buat apa sahaja.

Dia boleh beli jiwa saya dan anak saya

Benda pertama adalah, dia boleh beli jiwa saya dan anak saya. Saya dikenali sebagai artis yang bukan mengejar wang ringgit dan saya tak kisah akan soal itu. Pada saya, harta dan wang ringgit boleh sama-sama mencari, tetapi kasih sayang itu mahal harganya.

Ude mampu membeli jiwa kami sehingga saya terbuka hati untuk kembali ada suami, setelah 3 tahun hidup bersendirian. Walaupun saya reda dengan takdir terpaksa berkongsi hidup dengan wanita lain, saya anggap ini akan pengorbanan untuk mempertahankan cinta kami juga.

Izreen pada Ahad lalu membuat pengakuan terbuka, dia sudah menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas itu se­men­jak 8 Ogos lalu dalam satu perkah­winan tertutup di Damansara.

Saya redha dengan perkongsian

Saya sudah semakin reda dengan perkongsian ini dan walau muda, sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang dan sudah ada dua anak.

Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita. Bahagia kita, kita sendiri yang cari dan memilihnya.

Berwalikan bapanya sendiri, Mohammad Aznam Mohd Noor, hanya dengan sekali lafaz Izreen sah menjadi isteri Ude. Keputusan berkahwin ini dibuat setelah lebih tiga tahun bercerai dengan jurugambar Riza Baharuddin pada pertengahan 2014.

Saya mampu menangani emosi saya

Saya tidak pernah anggap kata-kata kutukan orang sebagai sesuatu yang besar untuk difikirkan. Selagi ia masih dalam rasa yang waras, saya tak ambil kisah. Tetapi kalau kutukan dan kejian sudah ke tahap yang keterlaluan, sesiapapun tidak mungkin mampu bersabar lagi dah.

Jadi, setakat ini saya masih mampu menangani emosi apabila melihat kata-kata buruk mereka. Barangkali ada yang tidak faham dan tidak tahu apa yang kami sedang lalui ini.

Izreen terpaksa menutup ruang komen di laman sosialnya, untuk mengelakkan interaksi dengan ‘pembenci’ dirinya. Bukan tidak mahu bersemuka di ruangan terbuka, Cuma dia sedar apa sekalipun jawapan yang dia berikan, dirinya kekal dianggap sebagai pesalah.

Sumber : Utusan via Oh Bulan