Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Siti Nordiana, anda pasti tahu dia kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Tetapi, bukan keseorangan. Difahamkan penyanyi ‘Pesanan Teragung’ itu turut ditemani pengacara Zoey Rahman, selain ahli keluarga.

Walaupun berkawan rapat, kelibat Zoey menimbulkan spekulasi di kalangan netizen mengenai perhubungan mereka. Malah ada yang mendakwa mereka ke sana untuk bernikah, jalan ceritanya lebih kurang seperti pasangan pengantin baru Fattah & Fazura. Apa pendapat korang?

Tunai umrah bersama

Tidak pasti apa khabarnya, tetapi ketika ditanya mengenai status perhubungan mereka, kedua-duanya memberikan jawapan ala Fattah Amin iaitu doakan sahaja yang baik-baik. Yang pasti, mereka memang berkawan baik.

Mungkin mereka pun akan bernikah sekembalinya dari Mekah? Sesuai je admin tengok. Kita doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber: Instagram Siti Nordiana, Zoey Rahman via Oh Bulan