Beberapa hari yang lalu pelakon kacak Aiman Hakim Ridza dalam laman Instagramnya ada memuat naik video pendek bersama pelakon Sharifah Sakinah dalam satu babak drama yang bakal ditayangkan.

Video berkenaan turut disertakan dengan kapsyen “Ape itu chemistry ? Chemistry itu apabila husband @sharifah_sakinah approve sape hero dia ? @alpjml .ada dua org je .Dan aku salah sorang yg bertuah. cuba teka sape lagi sorang tu ? sape tau dia hebat #rumahno10 #skripsharifahsakinah“.

Namun video yang mendapat lebih 100,000 tontonan itu menunjukkan adegan peluk antara Sharifah Sakinah dan Aiman telah mendapat kritikan daripada netizen.

Walau bagaimanapun difahamkan adegan berkenaan sudah diketahui suami Sharifah Sakinah, Aliff Adha bahkan lelaki itu turut meninggalkan komen di ruangan berkenaan.

Baru-baru ini tular khabar angin mengenai ‘chemistry’ istimewa antara kedua pelakon berkenaan. Walau bagaimanapun Sharifah Sakinah menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa mereka professional dan hanya berkawan.

Sumber : Instagram Aiman Hakim via Oh Bulan