Ramai suda sedia maklum bahawa hampir semua tol di Malaysia kini telah menghapuskan bayaran tol secara tunai di mana semuanya kini menggunakan perkhidmatan ‘touch n go’ dan ‘smart tag’ bertujuan untuk memudahkan perjalanan trafik.


Namun, satu berita yang agak menarik di mana pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memperkenalkan kaedah pembayaran tol yang lebih efisyen menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID).

Memetik laporan Sin Chew Daily, pihak LLM akan memperkenalkan teknologiini pada Januari tahun hadapan dengan sekurang-kurangnya satu lorong akan disediakan di setiap plaza tol.


Teknologi RFID ini hanya memerlukan pemandu melekatkan sejenis pelekat khas pada cermin kenderan mereka dan melalui plaza tol tanpa perlu berhenti, sensor pada plaza tol akan mengesan gelombang radio untuk memotong kredit dalam akaun RFID anda.

Dengan penggunaan pembayaran yang dilihat lebih efisyen ini, masalah kesesakan pasti dapat dikurangkan dan masalah sensor yang selalu bermasalah pada smart tag baru dapat diselesaikan.

RFID yang digunakan di Florida, Amerika Syarikat


Ketika ini, pihak LLM merancang akan memasang teknologi ini secara keseluruhan seluruh negara menjelang tahun 2020, lokasi terkini yang telah dipasang sensor RFID ini adalah tol Batu 3, Shah Alam dan diuji oleh kenderaan polis, bomba dan Ambulans. –Siakapkeli.my


Sumber : SiakapKeli