Seorang anggota polis, Valentino Mesa yang ditemui maut dengan kesan tembakan serta tetakan di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya telah menggemparkan seluruh negara. 


Lans Koperal tersebut ditemui maut di kaunter pertanyaan balai polis berkenaan. Menurut sumber dalaman, anggota polis tersebut tidak mempunyai sebarang masalah peribadai ataupun kerja. 


Valentino telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak  tujuh tahun lalu. Kejadian tersebut hanya disedari oleh unit anggota peronda (MPV) pada 3.25 pagi selepas selesai melakukan rondaan. 


Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata: 


“Kawasan balai polis tidak mempunyai kamera litar tertutup (cctv) namun polis kini sedang berusaha untuk mengesan cctv di kawasan sekitar balai,” 


“Mangsa maut di tempat kejadian dengan kesan tembakan di badan dan beberapa tetakan di belakang kepala,”. Beberapa saksi kejadian juga terdengar bunyi leputan namun menyangka bunyi mercun sambutan ambang kemerdekaan. 



Paling menyedihkan, mangsa sempat mengemaskini status di laman Facebooknya beberapa jam sebelum kejadian tersebut berlaku. 


Dalam kemaskini tersebut, mangsa yang hanya dikenali sebagai Valentino Mesa memberitahu dia terpaksa bertugas ketika cuti umum iaitu pada 4 September depan.


Dia juga turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada rakan-rakan di media sosial miliknya itu.


“Isnin cuti!!!!..tapi aku kerja juga, jadi sama je pun…hahaha. Selamat Hari Kebangsaan,” tulis Mesa di laman Facebook. 


Sumber : kakishare