Kad peduli sihat? apa menda tu.. Baru tahu pasal kad medical klinik yang disediakan oleh Kerajaan Selangor lepas dua orang pekerja beritahu mereka pergi ke klinik swasta dan tak perlu bayar apa apa sebab hanya perlu tunjuk kad ini.

Wow! memang ketinggalan zaman admin sebab tak tahu pasal kad ini, tolak tepi pandangan politik. Kad ini memang boleh bantu rakyat marhein yang dalam kesakitan dan ingin terus ke klinik swasta tanpa perlu beratur lama di klinik kerajaan. Tapi ada syarat syaratnya.. kalau semua layak memang habislah hahaha! Jadi sila baca info di bawah .. Jangan lupa kongsi info ini okay –

Sekarang ni ekonomi tengah gawat. Ramai pekerja di buang kerja. Kalau masih bujang hilang pekerjaan masih lagi boleh bertahan. Tapi kalau yang berkeluarga kenaterminate pasti sangat gusar!

Omak abah hilang punca pendapatan. Anak-anak ramai yang masih kecil. Setiap bulan senak kepala otak memikirkan untuk bayar macam-macam bil, hutang piutang dan sara hidup keluarga.

Kehidupan terasa mencengkam. Tanggungan terasa membebankan. Jiwa terasa sangat tertekan!

Dulu masa kerja tak pernah risau tentang bayaran rawatan kesihatan anak sebab company cover. Ada company medical card kan. Sakit je main swipe medical card terus settled.

Tapi bila dah kena buang kerja kemudahan medical card pun hilang serta-merta. Setiap kali anak sakit pergi klinik mesti menggigil tangan nak bayar bil klinik. RM50-RM100 setiap kali rawatan asas terasa sangat besar nilainya. Huhu!

Kalau anak tiba-tiba sakit di tengah malam mana nak pergi? Unit Kecemasan hospital kerajaan — orang sangat ramai. Berjam-jam menunggu baru dapat jumpa doktor. Nak pergi Klinik 1Malaysia tak bukak 24 jam pulak.

Solusinya — klinik swasta. Tapi bayarannya boleh buat omak abah menangis!

Aku nak share satu manfaat khas untuk rakyat Selangor yang terkesan dengan kegawatan ekonomi sekarang ni. Benda baik kena kongsi sama-sama. Sebarkan untuk kebaikan semua.

Apakah Skim Peduli Sihat?

Skim subsidi rawatan perubatan Peduli Sihat disasarkan kepada rakyat dari kelompok B40 iaitu yang berpendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan.

Sebanyak RM125 juta peruntukan akan disalurkan untuk skim Peduli Sihat ini.

Dengan kad Peduli Sihat khas untuk rakyat Selangor,pemegang kad berkenaan boleh sahaja pergi di mana-mana klinik swasta berdaftar yang berdekatan rumah mereka. Terasa satu beban hilang dengan adanya kad Peduli Sihat ini.

Manfaat Kad Skim Peduli Sihat

Manfaat Kad Peduli Sihat memang tak setanding kemudahan medical card syarikat swasta. Jangan nak demand lebih pulak. Zaman ekonomi gawat ni apa sahaja bantuan walau sekecil mana nilainya patut dihargai. Bersyukurlah!

Kad Peduli Sihat Untuk Kategori A (Keluarga) :

  • had pembiayaan bernilai RM500 untuk setahun
  • had nilai guna rawatan yang boleh digunakan RM50
  • tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
  • PERCUMA satu kad untuk satu keluarga

Kad Peduli Sihat Untuk Kategori B (Individu) :

  • had pembiayaan bernilai Rm200 untuk setahun
  • had nilai guna rawatan yang boleh digunakan RM50
  • tiada had jenis rawatan/ perubatan bagi kesihatan asas
  • PERCUMA satu kad untuk seorang individu

Had pembiayaan untuk kad Peduli Sihat keluarga adalah RM500 setahun. Setiap kali rawatan subsidi rawatan perubatan sebanyak RM50 akan diberikan. Apa maksudnya?

  • Jika bil rawatan bernilai RM50 ke bawah — tak payah bayar apa-apa
  • Jika bil rawatan bernilai RM51 ke atas — kena bayar yang selebihnya. Contoh: Bil RM80 kena bayar RM30 sahaja.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Boleh semak senarai klinik panel Skim Peduli Sihat di link ini: SENARAI PANEL KLINIK SELURUH SELANGOR

Kelayakan Kad Peduli Sihat

Terdapat 2 kategori pemohonan iaitu Keluarga atau Individu .

Untuk kategori A iaitu keluarga , pemohon mestilah :

  • suami / isteri beserta anak-anak yang berkelayakan
  • warganegara Malaysia
  • lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
  • pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan

Untuk kategori B iaitu individu , pemohon mestilah :

  • berumur 21 tahun yang berkelayakan
  • warganegara Malaysia
  • lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun
  • pendapatan isi rumah bawah RM1,500 sebulan

Cara Memohon Kad Peduli Sihat

Pemohon yang berminat boleh menghubungi talian 03-2089 3911 ATAU semak dahulu kelayakkan masing-masing secara ONLINE.

Dokumen Wajib Yang Diperlukan 

Pemohon boleh daftar secara manual atau daftar secara online TETAPI wajib sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti :

  • borang pendaftaran Skim Peduli Sihat
  • salinan kad pengenalan (untuk ketua keluarga / individu)
  • salinan kad pengenalan , MyKid atau surat kelahiran (untuk tanggungan isteri/anak-anak)
  • salinan slip gaji/ pencen (untuk penjawat awam dan pesara kerajaan)
  • surat pengesahan pendapatan yang disahkan ADUN/Ketua Kampung/JKKK (untuk yang bekerja sendiri)
  • salinan penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)

Hantar borang dan dokumen tersebut di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor di kawasan masing-masing untuk pemohonan secara manual ATAU scan dan upload dokumen di www.pedulisihat.com jika permohonan dibuat secara ONLINE .

SUMBER : http://rosibrahim.com/kad-peduli-sihat-manfaat-kelayakan-dan-cara-memohon-kad-peduli-sihat-subsidi-rawatan-perubatan-negeri-selangor/