Terdahulu, satu isu kontroversi telah dikaitkan dengan bekas pengacara Nona, Norjuma Habib yang dikatakan telah menampar bekas pekerja.

Pelbagai tuduhan dan cerita mengenai pengasas jenama Aidijuma ini yang telah dihebahkan oleh beberapa individu di media sosial.


Setelah lama mendiamkan diri setelah pelbagai tuduhan dilemparkan, akhirnya Norjuma tampil memberi kenyataan dengan melibatkan beberapa nama termasuklah sebuah syarikat televisyen swasta

Namun, tinjaun Hangat ke instagram rasmi Aidijuma, tiada sebarang kenyataan di atas kelihatan. Adakah pihak pengurusan Aidijuma sudah memadam kenyataan tersebut?

Bagaimanakah dengan segala spekulasi yang tersebar selama ini? Adakah benar mahupun hanya ancaman dari pihak luar sana yang ingin jatuhkan nama baik Norjuma dan perniagaannya? Hanya Norjuma dan pihak yang terlibat sahaja tahu akan kebenarannya.

Sumber: otokgoligo