Fuh…tengok gambar pon dah mengancam jiwa dan nurani..

Kalo tengah lapar, tolong jangan baca sampai habis sebab akan membuatkan anda start kereta atau motor untuk ke kedai Original Cake. Kegebuan nya tu boleh membuatkan anda termimpi-mimpi..haha…

Tengok, Chef Wan pon tengok semacam je..

Tapi, Halal ke?

Ok, untuk pengetahuan semua, melalui laman FB Original Cake ini, mereka telah mendapat pengesahan Halal dari pihak berwajib jadi boleh la pergi beli dan cuba sendiri..kalau nak lebih sahih, kena la periksa sendiri dengan pihak yang berkenaan..

Sedap?

Admin sendiri dah merasa kek ni..dan secara jujurnya, memang sedap…

Memang nak kena beratur dulu la, tapi berbaloi..Kena pulak kalau dapat panas-panas lepas keluar dari oven dia..fuh..gebu, kaya dengan rasa telur dan manis yang secukup rasa..

Yang kuning-kuning tu cheese tau..

Admin beli yang ada cheese tu, time panas memang bergetah lagi la…kalau dah sejuk, masih lagi gebu tapi cheese dah liat sikit…melainkan kalau rajin nak panas kan lagi..

Tapi sepotong kek tu memang makan tak habis kalau seorang..kami makan 4 orang pon boleh ada lebih untuk makan untuk sarapan esoknya…memang berbaloi!

So, kepada yang berminat, boleh la pergi kat Original Cake Halal outlet seperti kat atas tu, lepas tu beratur la..kalau nasib baik, tak ramai orang boleh dapat cepat sikit..hehe

Oh ye, Original Cake ni ada 3 perisa kalau tak silap, Original (tak ada cheese), Cheese dan Coklat. Dan kami tidak ditaja oleh Original Cake ni, nak share je..hehe