Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes bapa yang merogol anaknya sehingga lebih dari 600 kali. Semalam pula, Sarawak telah dikejutkan dengan satu kes rogol yang telah menimpa seorang gadis dan adiknya.

Pelaku adalah di kalangan saudara terdekat mereka yang mana perkara terkutuk tersebut telah dilakukan oleh datuk, ayah, serta dua orang dari kalangan ayah saudara kepada mereka.

Menurut mangsa dia telah dirogol sejak berumur 13 tahun manakala adiknya telah dirogol sejak berumur 9 tahun lagi.

Kesemua kes rogol ini telah berlaku di rumah di Kampung Daha Seroban, Serian, dan kesemua mereka dalam lingkungan umur 26 sehingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376B, iaitu sumbang mahram.