Kecoh apabila netizen dikejutkan dengan penularan sebuah video yang memaparkan penyokong Myanmar teruk dibelasah oleh pemuda Malaysia selepas perlawanan bola sepak peringkat kumpulan Sukan Sea.

Susulan tragedi tersebut, dalam satu kes lain dilihat penyanyi kumpulan A.C.A.B, Megat juga terkena tempias apabila dikatakan dia turut teruk dipukul oleh sekumpulan pemuda berkenaan.

Ada yang menyangka Megat adalah salah seorang daripada penyokong Myanmar menyebabkan dia turut terkena tempias kejadian ganas tersebut.

Megat yang dilihat mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala bagaimanapun telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan selanjutnya.

Gambar Megat yang juga tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata antara mereka melahirkan rasa kecewa dengan sikap tidak berakal pemuda tersebut.

Haihh…Tak pasal-pasal Megat sekali kena hentak. Kejadian sebegini diharapkan tidak berulang lagi di masa akan datang.

Sumber : MYNEWSHUB