Sejak akhir-akhir ini timbul desas-desus mengatakan pelakon jelita, Neelofa, semakin tidak profesonal atau berlagak diva.

Di laman Youtube, Neelofa di hentam oleh netizen kerana sikapnya yang tidak profesional ketika melayan tetamu dalam rancangan bual bicara popular, MeleTop.

Tetamu undangan yang dimaksudkan adalah penyanyi lagu Tak Tuang, Upiak Isil. Lihat video di bawah.

Rata netizen menuduh Neelofa agak sombong melayan Upiak yang kurang faham dengan penggunaan Bahasa Malaysia. Neelofa seolah-olah memperkecil artis yang berasal dari Padang Sumatera Barat ini ketika berbicara mengenai lagu tersebut yang kini semakin tular.

Apa-apa pun ada netizen yang menjelaskan bahawa tindakan Neelofa bukanlah sengaja kerana itu adalah reaksi wajahnya jika dia berasa keliru atau kurang faham dengan pertuturan Upiak.

BACA  Lagu Wanita Terakhir Beri Inspirasi Fattah Amin Lancarkan Novel Sendiri

Sebelum ini Neelofa menegur sikap wartawan sebuah akhbar terkemuka negara.Teguran adalah berhubung tindakan wartawan berkenaan mengeluarkan satu artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’ berhubung isu ‘pernikahan’ pasangan Fattah dan Fazura.

Dalam pada itu, pengacara ini juga menganggap tindakan wartawan itu seperti tiada etika. Tapi untuk jadi pengacara pun kena ada etika, betul tak?

Sumber : PendekarHitam