Pelakon Fattah Amin mengakui tidak terasa apabila aktor Que Haidar memberi komen mengenai sikap pelakon baharu yang dikatakan tidak begitu serius dalam lakonan.

Menurut Fattah, sebagai pelakon dia harus bersikap terbuka dan bersedia untuk menerima segala teguran yang diberikan oleh masyarakat dalam memperbaiki kelemahan pada dirinya.

Image result for que haidar

Que Haidar ada mengeluarkan komen berkenaan pelakon “Kayu” baru-baru ini

“Bagi saya setiap selebriti dan peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka masing-masing.

“Mungkin peminat menyangka teguran yang diberikan oleh artis tersebut ditujukan kepada saya.

“Dalam komen tersebut, artis itu tidak menyebut nama mana-mana selebriti mungkin perkara itu boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja jadi kenapa saya perlu terasa.

Image result for fattah amin

Apa ada hal??hehehe…

“Tapi sebagai artis baharu saya bersedia untuk menerima segala pandangan dan teguran daripada orang ramai supaya dengan itu dapat memperbaiki kelamahan yang ada pada diri saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi Gempak di The Bee, Publika, pada Khamis.

Sumber: AstroGempak