Rancangan TV CEO Desa nampaknya sedang makin panas sekaran dan mendapat liputan serta perhatian ramai orang . Ia menampilkan DS Aliff Syukri sebagai ketua juri di mana semua peserta yang datang mencuba nasib akan di tawarkan ganjaran sebanyak RM 1 Juta.

Rancangan ini juga menampilkan Mok Cun sebagai orang kuat yang turut berada di dalam program ini. Antara video yang menjadi bingkisan program ini di kongsi oleh DS Aliff Syukri melalui akaun instagramnya. Sayangnya ramai netizen agak terkejut dengan bahasa yang agak kasar di gunakan oleh DS Aliff Syukri sewaktu memarahi salah seorang peserta program itu iaitu Helmy dari Marang,Terengganu.

Netizen menyifatkan perkataan berambus itu sangat tidak sesuai di gunakan oleh orang yang berstatus korporat. Menurut mereka, mungkin sahaja adegan marah itu sengaja untuk menaikkan populariti program itu namun sangat tidak sesuai untuk meraung dengan perkataan berambus beberapa kali di kaca TV.

DS Aliff juga di lihat menyampaikan beberapa kata-kata kepada Helmy kerana anak muda itu ada menyatakan suatu hari nanti dia mahu menjadi jutawan luar biasa dan mungkin sahaja dia menjadi nombor satu dan DS Aliff menjadi nombor dua.Netizen menyatakan DS Aliff tidak perlu tergugat dengan kata-kata.

 

Kata Ds Aliff “,Saya ada bawah awak? Amboi Helmy,kalau tak kerana Mok Cun dah lama saya singkirkan awak”.

Ini pula respond netizen apabila menonton video yang di kongsi oleh Ds Aliff itu.

“Rancangan nie bagi Kita gaduh sesama melayu or bangsa baik takyh la”

“Jangan pandang orang dengan sebelah mata. Mana tahu kan apa yang dia cakapkan tu tertunai.”

“Ha.. Bagus la dia Ade semangat nak berniaga… Buat ape nak besaing Sgt.. Asal kan dapat niage sama-sama”

“Belagak bukan main.. jalan mendabik dada tinggi melangit.. sampai lupa masih berpijak dibumi milik Allah.. Allah bagi kesenangan ..lupa agak ye semua pinjaman..”

“datok semoga kekayaan kau kan ditarik nanti…tgk dan lihat…”

“Allah dah bagi semua apa yg kita nak.. Syukur Jgn perkecilkan org lain.. Hidup didunia ibarat roda”

“Bersaing secara sihat. Cukup terbaik di mata Allah sahaja. No 1 di dunia tidak bawa kemana-mana”

“Dia takut drop jdi nombor dua..”

Apa Bendanya CEO Desa ni?

PROGRAM Rural Business Challenge (RBC) akan diperluaskan kepada rancangan realiti yang dinamakan RBC Mencari CEO Desa 2017 dan bakal disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta iaitu TV3 bermula 28 Oktober ini untuk menjadikan program RBC lebih menarik, mendapat liputan yang lebih meluas sekali gus mengundang lebih ramai belia untuk menyertai program ini.

Seramai 27 peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada 18 peserta kategori pengembangan perniagaan dan sembilan peserta kategori idea perniagaan akan berentap dalam program realiti RBC Mencari CEO Desa.

“Program realiti televisyen RBC Mencari CEO Desa 2017 menyasarkan golongan belia berusia 18 hingga 40 tahun yang memiliki idea-idea perniagaan berdaya saing serta mempunyai potensi untuk dikembangkan.

“Idea baharu yang diilhamkan para peserta dalam program RBC Mencari CEO Desa 2017 juga akan dinilai oleh tiga orang juri serta para penonton.

“Pada masa sama, para peserta akan mendapat bimbingan mentor berpengalaman dalam bidang perniagaan seperti Rozita Che Wan, Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan lain-lain lagi.

“Mereka perlu melaksanakan tugasan mingguan seperti rancangan perniagaan, penyediaan perakaunan perniagaan, aktiviti yang ada kaitan dengan perniagaan yang dijalankan oleh mereka dan lain-lain lagi dengan bimbangan mentor ini.

“Manakala, juri terdiri daripada seorang juri jemputan setiap minggu dan dua juri tetap iaitu Norr Nabila Mohd Noor dan Datuk Sri Aliff Syukri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program RBC Mencari CEO Desa 2017 di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya baru-baru ini.

Kredit: http://www.utusanborneo.com.my/2017/10/27/program-realiti-tv-rbc-mencari-ceo-desa-bakal-bersiaran-di-tv3

Semoga berjaya untuk semua peserta peserta dan jadilah usahawan yang berguna.

Sumber : Gedebakviral